KG. KUALA ABAI, KOTA BELUD…

4 05 2009
Pada 2. 5.2009 saya, Otai Azizi dan Pak Saip telah ke Kg. Kuala Abai Kota belud kerana kebetulan pada masa itu saya balik Kampung. Kg. Kuala abai hanya 4-5 KM dari Kg. saya(Kg. Taun Gusi II). Bermula pada pukul 9.00am kami melabuhkan pancing dengan umpan udang hidup yang diterbangkan khas dari kk oleh azizi..

Pak Saip.. dengan khusuk menungu patukan Ikan Selunsong..
Setelah hampir 2 jam kami tidak mendapat hasil apa-apa oleh sebab arus air yang sangat deras mungkin membuatkan umpan tak diusik ikan. kami memutuskan untuk mencari lubok baru..

Azizi sedang menunjukkan isyarat best walaupun dalam hati tak best..heehehe – yang penting dapat pasang umpan.. 🙂 rilek ko bro..

Actions

Information

Leave a comment