LUBOK SIAKAP MERAH(23.5.2009) TRIP KETIGA

25 05 2009

Lokasi Lubok yang digambarkan terbaik oleh Otai azizi
Trip ketiga ke Lubok Zul di kawasan Kota Belud pada 23.5.2009(Sabtu) telah disertai oleh Awg Lam, Otai Azizi, Hardy(Owner Blog TUYAN CREW), shiam(Geng baru) dan Pak Saip(orang lama). perjalanan ke Lubok Zul kota belud mengambil masa 45 minit dari Kota kinabalu, seawal pukul 6.30 pagi kami berangkat ke Kota belud dan Geng2 joran-sabah berkumpul terlebih dahulu di Taman Permata, menggatal(Rumah Awg Lam & Azizi) dimana 2 orang rakan kami tinggal ditempat yang berlainan iaitu di penampang(shiam) dan sepanggar(Hardy). Apa yang bestnya trip kali ini iaitu 2 orang rakan baru ikut serta merupakan pemancing yang berpengalaman yang sudah belasan tahun menceburi arena aktiviti memancing.

Tangkapan pertama oleh Hardy merupakan seekor ikan Siakap Merah seberat 300 gram pangilan orang tempatan ikan men-ngeket setelah hampir 7 jam menunggu dan dalam masa-masa kecederaan. Diperhatikan oleh Shiam yang hanya memakai kain sarung setelah tergelincir terjatuh kedalam sungai semasa menarik pancing walaupun spesis ikan yang tidak diketahui jenisnya merangut pancing sehingga beliau tergelincir ke dalam sungai. Pada Trip yang kedua sebelum ini joran Otai Azizi terbang kedalam Sungai oleh ikan yang juga tidak diketahui spesisnya tetapi dapat kembali, tapi pada Trip ketiga ini Geng kita pula yang terbang ke sungai..(Jgn Marah bro Shiam).

Hardy menunjukkan ikan siakap yang dipancingnya seberat 300 gram, boleh dikira sebagai Man of the trip kali ini..

Hasil Semasa Trip Lubok Zul

Secara keseluruhannya trip kali ini boleh dikatakan kurang berbanding sebelumnya oleh kerana keadaan air yang keruh dan pintu gate air terbuka menyebabkan air tawar dari kawasan sawah padi masuk ke lubok dan mengikut teori Otai Azizi selaku Otai siakap ,ikan-ikan jenis siakap, lampan, dan bulan2 terpaksa bersembunyi ditempat yang selamat tambahan pula kualiti air dari sawah padi agak berbau sedikit disebabkan baja dan racun perosak…Trip kali ini hanya mampu menaikan 1 ekor siakap merah 300 gram(Hardy), 1 ekor Anak Udang Gala 100 gram(Otai Azizi), Ikan Bulan-bulan 300 gram(Pak saip), 1 ekor ikan Ketutu 250 gram(Pak saip). Walaupun trip ini kurang memuaskan tetapi semua geng2 joran -sabah berpuashati dan akan datang kembali ke lubok ini..Bak kata pepatah dan kata-kata otai Azizi “Dijangkakan Panas hingga ke petang rupanya hujan jam 9.30 pagi”.. Moral of story tidak semestinya lubok tu banyak ikan kita akan dapat banyak ikan selalu. Kata Zul Pemilik Lubok ‘Langit tidak selalunya cerah dan kalau selalu cerah banyaklah ikan merah kat sana tu.. hehehe jumpa di Next Trip…


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: