LUBOK BARU SUNGAI KG. DARAU ( 04.07.2009) @ LUBOK OTAI AZIZI

4 07 2009
Seawal 6.30 pagi saya (awg Lam) dan Otai azizi telah mengenalpasti lubok baru dikawasan kg. Darau menggatal, sebenarnya Sungai kg. Darau ni baru saja diperbesarkan dan untuk tujuan mengurangkan risiko banjir dikawasan sekitarnya. pangkal sungai Yayasan sabah. setelah hampir setengah jam menunggu akhirnya pancing saya ditarik dengan rakusnya disangkakan ikan Siakap merah rupanya ikan badukang(pangilan penduduk local). Rasanya spesis ikan ini sangat banyak dikawasan ini walaupun banyak kelihatan kelibat anak-anak ikan kembura, talapiah dan ikan julung2, mengikut firasat Otai azizi memang tempatnya ini sangat berpotensi mungkin rezeki kami hari ini tidak begitu baik walaupun undang hidup dijadikan umpan yang dibeli oleh otai azizi tengah malam semalam. Walaubagaimanapun kami akan bercadang kembali pada masa akan datang..

Sebahagian Ikan yang kami tangkap sepanjang lebih 4 jam kami beraksi walaupun 3 hingga 4 kali ikan yang tidak diketahui spesisnya meragut dengan rakusnya pancing kami mungkin belum sampai rezeki kami lagi untuk hari ini..

Memang kawasan Sg. Darau ini sangat sesuai untuk aktiviti memancing mungkin tempat ini masih baru dan disebelah ulu sungai ini sangat giat aktiviti pembangunan..

Saat -saat akhir Otai azizi mengharapkan jorannya akan melenkung dengan kuatnya tetapi hampa, tetapi harapan mesti ada mungkin tempat ini akan dijadikan temapt melepas gian kerana lokasinya kurang 2 km dari tempat tinggal kami berdua..tunggu kemunculan trip kedua nanti…

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: