TRIP LUBOK ZUL DAN LUBOK "T" JUNCTION KG. TAMAU, KOTA BELUD (26.07.2009)

27 07 2009

TRIP LUBOK ZUL, KOTA BELUD

Seawal pukul 9.30am kami menjejak kaki kelubok zul, saya(awg lam), Hardy(Tuyan FC), Otai Azizi, Lick, Pak Saip dan Pemilik Lubok Zul, sebenarnya kami telah plan ke Lubok-lubok kota belud ini 2 minggu awal dan persediaan sudah diatur dengan baik tetapi rezeki kami pada hari itu tiada dan kebetulan pembekal umpan udang hidup telah kehabisan udang hidup membuatkan kami mencari internatif lain dengan membeli umpan udang yang bernyawa dihujung tanduk di Tamu besar Kota Belud, Otai Azizi dan Hardy bertolak dari KK seawal 7.00am dengan harapan pembekal umpan udang hidup dapat membekal udang untuk trip kali ini tapi hampa disebabkan kehabisan stok udang walaupun seekor udang hidup 0.20 sen/ekor tetapi boleh dikatakan kemana-mana trip kami tetap akan beli disitu selain di Pekan sembulan. Selepas 4 jam menanti tiada juga tarikan kasar terhadap rod kami, mungkin memang ikan tidak mahu makan umpan atau ikan berpindah rumah kami mengambil keputusan untuk berpindah ke Lubok “T” Junction (nama pangilan Otai Azizi) bertempat kurang 3 KM dari lubok zul. .

LUBOK “T” JUNCTION(KG. TAMAU).

Otai Azizi dan Hardy(Tuyan FC) kelihatan senyum walau perlu merentasi kawasan payah nipah untuk ke lokasi Lubok “T” Junction, lubok ini merupakan tempat persinggahan spesis ikan Selunsong dan Red Snapper dan rekod disini 6-7 kilo..

Beginilah kawasan persekitaran Lubok “T” Junction bermaksud tiga simpang sungai yang mana ada air masin dan air payau..


Otai azizi sedang memerhatikan kailnya manalah tahu ada tarikan ganas. Otai ni memang aku sangat respect sebab walau apa sekali keadaan dia tetap senyum..Walaupun di Office seorang yang tegas dan berdisplin kerana beliau seeorang Audit LHDN namun di lokasi pancing beliau tidak dapat mengaudit ikan-ikan selunsong atau siakap merah..hehehe jangan marah Otai.

Hasil pertama tangkapan seekor ikan kirung-kirung entah berapa kilobyte sahaja tu..sebelum tu Otai Azizi juga dapat kirung-kirung lebih besar lagi dari ini.

Kelihatan Pak Saip tidur disambil diperhatikan oleh lick(adikku seorang Usahawan Lintah & Belut) dan Zul walaupun panas terik pada masa itu..

Ini sahaja rezeki yang diberikan pada kami sepanjang trip ini, walaupun ikan mega-mega tiada muncul namun bagi kami keadaan Alam sekitar yang terdapat di kedua-dua lokasi lubok ini mampu mengurangkan stress kepada kami semua disamping dengan tugas-tugas seharian dikalangan kami seperti Hardy seorang pensyarah banyak berdepan dengan karena pelajar yang pelbagai ragam, Otai Azizi seorang Pegawai Audit Hasil juga banyak berdepan dengan masalah melibatkan kewangan dan saya sendiri seorang Peg. IT banyak juga berdepan dengan Masalah-masalah komputer & Sistem yang pelbagai rupa yang memeningkan so, secara kesimpulannya kami tak dapat ikan tapi kami dapat ketenangan fikiran dengan lubok yang masih fresh yang tidak perlu dicemarkan dan perlu dijaga dengan baik untuk menjadi khazanah anak cucu kita. pada jam 4.30pm kami berangkat balik ke tempat masing2..Tunggu trip akan datang.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: