TRIP MEMBURU SELUNSONG DAN SIAKAP MERAH TANJUNG LIPAT, LIKAS(18.07.2009)

27 07 2009

Ikan Siakap Merah yang berjaya ditewaskan anggaran berat antara 400-500gram

Ikan Sambilan laut(Tebana) juga berjaya ditumpaskan oleh Ryobi Zester 3000.

Red Snapper (Siakap Merah) antara ikan yang berjaya ditangkap dalam trip kali ini..

Lewat jam 9.30PM kami telah sampai ke lokasi untuk trip memburu Selunsong dan Siakap Merah bersama geng komplot yang terdiri daripada orang kuat Siakap Otai azizi, hardy(Tuyan FC) dan saya sendiri Awg Lam. Kami telah membeli Umpan Udang hidup dan memang sesuai untuk sajian ikan yang rakus itu. Mendengar cerita dari kaki-kaki pancing yang selalu memancing disitu ikan Selunsong dan Siakap merah selalu dinaikkan seberat 2-4 kilo tetapi kebenaran cerita-cerita itu akan terbukti jika kami bertiga berjaya menaikkan spesis ikan ini. setelah hampir 2 jam pertama menunggu kemunculan spesis ikan ini. tarikan pertama yang dinaik oleh pancing saya(awg lam) iaitu ikan Sembilang hanya seberat 200gram sahaja. Jam menunjukkan pukul 4.00Am Pancing Ryobi Zester 3000 telah diragut dengan rakusnya oleh spesis Red Snapper (Siakap Merah) memecahkan kesunyian diwaktu subuh yang sunyi itu, dan setelah bermain dengan ikan itu hampir 10 minit dan berjaya didaratkan. Siakap merah ini hanya seberat kurang 1Kg sahaja tetapi kewujudan spesis ini mendiami memang ada sekaligus terbukti ikan ini ada seperti yang diceritakan oleh kaki-kaki pancing..

Hardy(Tuyan FC) melihat Senjata pemusnah diusik oleh anak-anak ikan pengacau umpan..

Walaupun trip kali ini tidak berjaya menaikkan Ikan selunsong tetapi tarikan-tarikan kasar beberapa kali mengejutkan geng komplot kami dan sememangnya kami akan kembali lagi tanpa berputus asa memburu spesis ikan ini, setelah jam menunjukkan pukul 7.30Am dan matahari telah muncul dan takut nanti anak dirumah bangun awal so, kami memutuskan pencarian ikan selunsong ditunda di hari dan masa yang lain..dan tunggu kemunculan Trip akan datang.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: