TRIP SUNGAI DEPAN MINI PUTRAJAYA KK (01.08.2009)

3 08 2009
Hasil yang diperolehi oleh Otai Azizi dan Johan

watak utama: aku(Otai Azizi) dgn opismate (Johan)
lokasi: sungai depan mini putrajaya
tarikh: 1 august
masa: 5.30am > 11.00am
pasang surut: air masuk perlahan sehingga 9am, kemudian mula surut
ikan yg diperolehi: anak jenahak junior, tanda & GT junior.
umpan: udang idup
teknik: bottom

Johan dengan Ikan Jenahaknya

Senjata yang dipertarungkan semasa pertempuran dilubok ini.

Sinopsis:

Plan nak turun ke laut terpaksa dibatalkan sebab cuaca yg tidak mengizinkan. Namun…perjuanagn tetap diteruskan. Seawal 5.00am aku dah meronda sekitar tg. lipat hingga ke yayasan sabah untuk mencari lokasi yg sesuai. Dalam kepala otak nak mancing di jambatan Masjid Bandaraya. Sampai situ, tengok dah ada kaki pancing lain kat situ. Sempat intai keadaan pantai, kelihatan ombak mengganas dan air berkabut. So terpaksa mencari port lain. Terfikir…bagus mancing di sungai yg tidak terjejas dgn ombak/alun laut yg kuat. Jadi aku terfikir sungai sepanjang Yay. Sabah>UMS. Ronda-ronda…kemudian aku decide mencuba nasib di kawasan depan Mini Putrajaya.

Seorang diri aku mula memancing sehinggalah rakan komplot ke laut iaitu Johan sampai dalam jam 6.00. Keadaan air pasang tinggi dan berpotensi. Namun seperti biasa, memancing sekitar KK aksi menunggu lebih byk dari aksi menarik ikan. Dalam jam 8.00am…baru lah sekor tanda sudi naik ke darat. Itu pun dinaikkan di anak sungai sekangkang kera menganjur ke sebelah dalam UMS/Mini Putrajaya. Ok lah dari xde langsung. Selang 15minit lepas tu Shimano Basterra aku direntap…tp xdelah kuat sgt…dan seekor anak Jenahak terpacul. Kemudian joran Johan pula direntap kuat…dan seekor lagi anak Jenahak yg lebih kasar dinaikkan. Ok lah…terhibur juga. Kemudian…terus sepi kembali. Mungkin sekawan ikan sedang lalu dan kemudian menghilang. Last minit, barulah lagi sekor ikan jenahak dinaikkan. Jam 11.00 kami pulang.

Tidak puashati, petang Ahad (4.00pm>6.30pm) aku repeat seorang diri berbekalkan umpan udang sembulan yg mantap. Kali ni air jauh surut berbanding pagi. Bot memukat pun berkeliaran, aiseyyy…potong stim betul. Takpelah…cuba je nasib. Namun, sesi petang tu kumpau. Seekor pun tidak dapat dinaikkan.

Overall, port ni berpotensi.

Gambar dan Penulis Report : Otai Azizi


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: