GREEN AROWANA – KEMATIAN MENGEJUT

27 08 2009
Ikan Arowana Hijau yang telah dibela selama 2 minggu
hanya panjang 17cm telah menemui ajalnya walaupun sedih tapi terpaksa ditelan jua..

Green Arowana/Ikan Kelisa Hijau ini kelihatan sihat dan gemuk sedikit apa tidaknya makanan rutinnya Cengkerik yang diberi makan 2 ekor cengkerik setiap 2 kali sehari.

Sinopsis ;

Pada 08.08.2008 pada hari sabtu yang lalu saya telah membeli seekor ikan kelisa hijau sebesar 17cm panjang di kedai Ikan dan Akuarium iaitu Popular Akuarium dekat kawasan Inanam hanya 3 KM dari Apartment kami, dengan harga ikan tersebut RM265.00 tapi boleh less lagi sampai RM200.00 mungkin Owner kedai ikan itu boring tengok muka aku yang selalu berkunjung ke kedainya. Sebenarnya tujuan utama untuk membeli ikan arowana ini sebab anak kesayangan ku danial sangat suka tengok ikan beli satu mau dua lagi terpaksa beli seekor ikan Arowana Silver agak besar juga hampir 30cm dengan harga Rm110.00 kat kedai sebelah Likas.

Kejadiaan kematian mengejut ikan ini kerana mungkin kerana salah aku juga sebab saya bercuti pada hari jumaat 21.08.2009 semata-mata mau menukarkan air dan sticker/background kepada warna biru sebab ada ternampak di kedai Akuarium lawa pula, jadi pun belilah background kat kedai Sabah sticker kawasan Kelombong. pada pukul 3 petang saya tarikh yang sama saya memindahkan 2 ekor arowana saya iaitu green dan silver ke bekas polistren dekat dengan Balkoni apartmant saya 1st floor tanpa menutup bekas polistren tu, dalam beberapa minit semasa masang sticker dan cuci akuarim tiba2 saya teringat Ikan Arowana ini sangat Aktif dan selalu menyambar Mangsa dengan melompat dengan tinggi, sekali saya melihat bekas tersebut ternyata seekor Arowana ikan hilang dibekasnya dan saya amat terkejut kelihatan Green Arowana terjatuh dari tingkat satu apartment saya amat sedih sekali ikan tersebut hanya mampu bertahan selama 30minit kalau dikatakan ada hospital/ICU untuk ikan dah tentunya sudah saya akan kesana..😦

akhir sekali pesanan dari teman, “Jangan biarkan ikan anda dalam keadaan bekas tidak tertutup”, Renung-renungkan apa akan terjadi pada ikan anda..terima kasih.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: