JP JORAN 2009 (21 JUN 2009)

24 06 2009

JP Joran 2009 telah berlangsung pada 21 Jun 2009 di Jeselton Point, Terminal Ferry kota kinabalu, organizer JP kali ini adalah Suria Bumiria Sdn. Bhd. Hadiah sebanyak RM5000 untuk dimenangi oleh peserta-peserta pengail. Peserta hanya diberikan masa sehingga 6 jam bermula jam 8AM-3PM..


Otai azizi menjadi Wakil Tunggal dari Geng joran-sabah dan beliau merupa orang yang paling berpengalaman dan banyak JP yang telah beliau sertai..pada 2 jam pertama beliau berada ditempat yang kedua dan berjaya menaikkan Ikan Kerapu seberat 300Gram dan tempat pertama merupakan Ikan Putih(GT) seberat 1.8Kilogram yang ditumpaskan oleh Seorang Otai lama dan berpengalaman dari Daerah Papar yang berada beberapa Meter dari tempai Otai azizi..Pada kali ini Saya(Awg Lam) tidak dapat menyertai JP ini kerana ada aktiviti yang lain tetapi saya datang juga ke Lokasi memancing sekejap untuk memberi sokongan kepada Aziz dan pada masa tersebut Otai Ikan Putih Hardy(Tuyan Fishing C) turut memberi sokongan semangat kepada Azizi..

Selama 4 jam berlalu, sebahagian hasil kelihatan didalam kotak Ais ini Ikan putih, alu-alu, kerapu dan macam-macam lagi yang berjaya dinaikkan oleh peserta JP kali ini..
Kelihatan peserta-peserta sangup berpanas bersama keluarga masing-masing semata-mata untuk memenangi hadiah lumayan..
Akhir sekali keputusan telah dibuat dan pemenangnya iaitu Ikan Putih seberat 1.8kg , yang dapat hadiah 1 hingga 8 peserta sahaja dan Otai azizi hanya dapat nombor ke 9, walaubagaimanapun Otai azizi menyertai JP ini bukan semata-mata untuk mengejar hadiah tetapi minat dan sokongan terhadap aktiviti memancing ini..dan akhir sekali kami daripa Geng Joran Sabah dan Labuan mengucapkan TAHNIAH kepada Otai Azizi kerana berjaya mendapat TOP 10 dari beratus-ratus peserta yang menyertai pertandingan ini..Tahniah sekali lagi..




TRIP MEMANCING DAN BERKELAH DI LAGOON KARAMBUNAI BERSAMA KELUARGA. (13.06.09)

20 06 2009

Zizul (adik ipar) menunjukkan ikan alu-alu/baracuda seberat lebih kurang 500gram yang dipancing di Jeti boat Lagoon Park..

Dari kiri saya(awglam) dengan abg ali(biras) bergambar sewaktu hendak beraksi di Lagoon Park..gambar dulu sebelum beraksi tak da[at ikan dapat gambar pun bolehla..

Tumpang boat di Jeti, beberapa jenis ikan yang sempat dinaikkan iaitu ketambak, alu-alu, ikan tanda dan ikan pisang2 pun ada, lokasi jeti ini boleh dikatakan ada ikan juga sebab ada tayar2 yang dijadikan tukun tiruan dibawah jeti ini..

Dari kiri Era(anak buah), Danial(Anak aku) dan Ika(anak buah) sedang mandi manda di Lagoon Park karambunai ini..

Dari kiri Yung(adik Ipar), Onie(Adik) dan Awwa(Isteri) sedang mengatur makanan sambil menunggu hasil tanggapan dari kami yang sedang memancing diatas jeti boat..
Onie dan awwa dibantu oleh noor(kak ipar) sempat berposting di depan bara api walaupun belum ada lagi ikan yang dipancing yang hendak dipanggang. disamping berkelah sempat juga mengail walaupun ikan mega2 tiada dinaikkan tetapi keseronok bersama keluarga tidak dapat digambarkan..





TRIP RESTORAN TANJUNG KERAMAT, KG. KUALA ABAI TANPA DIRANCANG(07.06.2009)

8 06 2009
Selunsong seberat 9.6 Kilogram(bukan Kilobyte) disebat oleh Penn Captiva 6000 + rod Ugly stik + Tali Sulam 30lb milik ku..

Trip ke Muara Kg. Kuala Abai kota belud pada kali ini adalah trip yang tidak dirancang kebetulan saya dan family(Norni dan Danial) balik ke kampung dan tiba2 sahaja family saya mengajak ke Jambatan Kuala Abai untuk memancing sambil meninjau tempat tersebut. Trip ini disertai oleh norni(isteri), danial(anak), syukri, ibu saya, tati, nani, jali dan saya sendiri Awg Lam, Tepat jam 10.30am kami sampai ke Tempat Lokasi di Restoran Tanjung Keramat, Kg. Kuala Abai betul2 dibawa jambatan dan Tiang empat kembar, Ikan mega yang disangkakan Ikan pari menyambar pancing yang kebetulan pada masa itu sudah lama belum disentuh oleh sebarang jenis ikan walaupun berumpankan Udang hidup yang dibeli dipasar tamu kota belud seawal pagi..selama beberapa jam menunggu akhirnya Selunsong bersaiz mega seberat 9.6kg dapat ditewaskan walaupun memakan masa lebih setengah jam bertarung kerana takut perambut terputus disebabkan tidak mengunakan perambut steel. setakat ini ikan mega yang ku belasah paling besar adalah ikan selunsong ini selain ikan pari seberat 7kg lebih di kinarut bulan lepas. Seminggu sebelum ini seberat 20kg selunsong dapat dinaikkan oleh seorang pemancing ditempat tiang 4 kembar ini juga..Aku mau bawa bro hardy(owner blog Tuyan Crewz) dan otai siakap azizi ketempat ni sebab ikan selunsong ni si hardy punya makanan ni..


Ikan Ayam2 tak tahu nama sebenarnya seberat 0.9kg berjaya ditangkap mengunakan joran tradisional menggunakan rod bambu dan pelampung selipar jer..hehehe

Beginilah lokasi Lubok Selunsong digambar Tiang Empat kembar merupakan tempat ikan selunsong bermain-main bersama anak2nya dan menunggu anaknya balik dari taska..hehehe

Restoran Tanjung Keramat kg. kuala Abai KB ini juga menawarkan boat dan bilik untuk disewa oleh kaki-kaki pancing selain satu ringgit(Rm1.00) seorang pemancing untuk memancing di kawasan restoran ini..

Trip ini diketuai oleh tati(adik) kerana atas pujukannya saya bawa diorang ke Restoran Keramat ini dan saya dapat ikan mega..walaupun dia hanya dapat anak ikan putih seberat beberapa kilobyte saja cukuplah untuk mengurangkan boring kira duit dibank..hehehehe





TRIP TIANG JAMBATAN GAYANG, SULAMAN TUARAN (1 JUN 2009)

4 06 2009
Hardy(Owner Blog Tuyan) meninjau tempat berdekatan dengan Tiang Jambatan gayang..

Trip Kali ini ke Jambatan Gayang di Sulaman, Tuaran kerana lokasi ini sangat popular bagi pengemar Ikan putih(GT) dan ikan kerapu, untuk ke tiang jambatan pemancing hanya menyewa boat kecil yang disediakan berhampiran Jambatan Gayang.. pemancing hanya perlu membayar rm5.00 untuk pergi dan balik seorang..Selepas trip ke Lubok hardy kelmarin Otai Azizi mengetuai trip kali ini bersama hardy dan saya sendiri..kami seawal 6.30pagi lewat sedikit disebabkan perlu membeli umpan udang hidup di kawasan sepangar. Trip kali ini sehingga pukul 1230 tengahari saja memandangkan Otai Azizi akan terbang Ke Kuala Lumpur pukul 5.00petang sebab ada kursus dan sekaligus balik kanmpunglah. Beginilah Otai Azizi walaupun jadual begitu ketat tetapi memancing tetap didahulukan…
Hardy dan saya bersama hasil tangkapan pada trip ini…Ikan Ketambak, Kitang, Ketam, pisang2 dan ikan Putih(GT)

Otai Azizi bersama ikan yang dipancingnya bertemankan hardy 2 dari kanan..
Inilah ikan yang berjaya ditumpaskan pada Trip kali ini semoga Trip akan datang lebih banyak lagi dan ikan mega2 akan didaratkan..Amin..Tunggu kemunculan Trip kedua kami nanti..




TRIP MUARA SUNGAI MENGKABUNG- LUBOK HARDY (31 MEI 2009)

4 06 2009
Beginilah keadaan Lubok hardy yang begitu Indah dan tenang walaupun untuk sampai ke tempat Muara ini begitu mencabar kerana memasuki pokok bakau dan daun-daun berduri. Jarak lokasi ini dari

tempat letak kereta(parking tepi jalan) hampir 1 km. Pada trip kali ini saya , Hardy (selaku Owner Blog Tuyan Crew dan pemilik Lubok) dan Azizi Otai a.k.a Siakap Merah walaupun datang lewat sikit berbanding saya dan hardy, kami seawal pukul 6.00 pagi sudah ready ditempat letak kereta dikawasan Karambunai tepi jalan.

Hasil pertama iaitu ikan Ketambak seberat 200gram saja melekat dipancing Penn Captiva 6000 dan rod Ugly Stik pancing lama saya..

Ikan Ketambak jua ani oleh Otai Siakap kita azizi @ Pelampung Man untuk trip ini kerana beliau menggunakan Pelampung untuk menumpaskan pelbagai jenis ikan di lubok hardy ini..
Yang ini Ikan ketambak juga seberat 250gram oleh pemilik lubok hardy..ikan jenis ini dibakar pun sedap ni..

Otai azizi bersama sebahagian Ikan Baracuda seberat 500gram yang dipancing menggunakan teknik pelampung berdekatan pokok yang tumbang ke dalam laut..bersedialah ikan ini menjadi santapan Kami sekejap lagi..
Selain ikan Ketambak, baracuda, kitang dan todak, ketam pun tak mau tinggal juga untuk memakan umpan pancing saya, siaplah lepas ni sebab Otai azizi dah ready pasang api..
Beginilah keadaan Ikan yang terkena bencana buatan manusia siapa punya kerja ni tidak berperikeikanan ini..?? tapi ikan Baracuda tu pun sedap juga..Akhirnya pukul 1.00pm kami pun berangkat balik kerana Umpan pun tidak menyebelahi kami dan Trip ini memang best dan kami akan return sekali lagi…